| English | Malay |


CARA MEMBUAT PESANAN

BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBUAT PESANAN?

Anda boleh membuat pesanan di http://fashiontrendzshop.blogspot.com/ . Sila lawati Cara Membeli untuk mengetahui panduan membuat pesanan/belian secara terperinci.

ADAKAH SAYA PERLU MENGHANTAR EMEL KEPADA ANDA UNTUK MENGETAHUI SAMA ADA STOK MASIH TERDAPAT DALAM KATALOG ONLINE ANDA?

Tidak perlu. Anda tidak perlu menghantar emel kepada saya untuk mengetahui stok masih ada ataupun tidak. Semua barang dalam laman web saya adalah stok sedia ada.


MAKLUMAT POS

BAGAIMANA CARA PENGHANTARAN BARANG? BERAPAKAH HARGA POS?

Untuk Malaysia, saya menggunakan POS LAJU. Harga pos minyak wangi dan jam tangan adalah berbeza berdasarkan berat barang.

Harga pos minyak wangi bagi Semenanjung Malaysia:
Beli 1 minyak wangi - RM5 harga pos
Beli 2 minyak wangi - RM7 harga pos
Beli 3 minyak wangi - RM9 harga pos
Beli 4 minyak wangi - RM11 harga pos 
Beli 5 minyak wangi - RM13 harga pos
(... dan seterusnya. Anda perlu menambah RM2 harga pos bagi setiap minyak wangi)

Harga pos jam tangan bagi Semenanjung Malaysia ialah RM5 walau berapa banyak jam tangan yang anda beli.

Harga pos minyak wangi bagi Sabah & Sarawak:
Beli 1 minyak wangi - RM8 harga pos
Beli 2 minyak wangi - RM10 harga pos
Beli 3 minyak wangi - RM12 harga pos
Beli 4 minyak wangi - RM14 harga pos 
Beli 5 minyak wangi - RM16 harga pos
(... dan seterusnya. Anda perlu menambah RM2 harga pos bagi setiap minyak wangi)

Harga pos jam tangan bagi Sabah & Sarawak ialah RM8 walau berapa banyak jam tangan yang anda beli.

Jika anda membeli kedua-dua minyak wangi dan jam tangan, anda dapat menjimatkan wang kerana harga pos jam tangan akan menjadi PERCUMA. Anda hanya perlu membayar harga pos minyak wangi!

BILAKAH BARANG SAYA AKAN DIPOSKAN?
Barang akan dipos kepada anda pada hari yang sama pembayaran dibuat. Sila maklumkan kepada saya  tentang pembayaran yang telah anda buat sebelum pukul 3.00 petang. Pembayaran selepas pukul 3.00 petang akan dipos kepada anda pada hari berikutnya. Untuk maklumat lanjut tentang kaedah bayaran, sila layari : Cara Membeli

BILAKAH SAYA AKAN MENERIMA BARANG SELEPAS PEMBAYARAN TELAH DIBUAT?
Barang akan sampai ke rumah anda dalam tempoh 2-5 hari bekerja selepas pembayaran telah dibuat (bergantung kepada lokasi)
  

BUTIRAN PEMBAYARAN

APAKAH KAEDAH PEMBAYARAN YANG ADA?
Anda boleh membuat pembayaran ke dalam akaun bank saya (Maybank)

ADAKAH SAYA PERLU MENYEDIAKAN BUKTI PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT?
Tiada bukti yang diperlukan. Anda hanya perlu membuat pembayaran lalu memaklumkan kepada saya masa dan tarikh pembayaran telah dibuat.

APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN SELEPAS MEMBUAT PEMBAYARAN?
Maklumkan kepada saya di fashiontrendzshop@gmail.com selepas anda membuat pembayaran. Selepas saya memeriksa emel yang telah anda hantar, saya akan menguruskan penghantaran kepada anda secepat mungkin.