Penggunaan Alkohol Semasa Solat

Menurut maklumat yang diterima, alkohol ialah nama yang digunakan dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (-OH), dan dikenali ada dua jenis yang agak baik, iaitu: i)Alkohol kayu (methanol)
ii)Alkohol biji-bijian (ethanol)

Kedua-dua jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur (R-OH).
Methanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur (CH-OH). Di hospital ia dikenali dengan nama 'spirit' yang dipakai untuk membunuh kuman. Jenis ini tidak digunakan untuk minuman.
Ethanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur (CH3CH2-OH) bahan inilah yang digunakan sebagai campuran dalam minuman keras.

Daripada penjelasan ringkas mengenai jenis alkohol itu dapat dapat disimpulkan bahawa setiap arak atau minuman keras ada mengandungi alkohol tetapi tidak semua alkohol itu adalah arak.
 
Alkohol daripada proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis. Alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.

Selain itu, alkohol juga terhasil daripada lebihan proses pembuatan makanan seperti tapai,sama ada dari ubi kayu atau pulut. Ianya adalah tidak najis dan harus dimakan.

Ubat-ubatan, minyak wangi yang dicampurkan alkohol yang diproses bukan untuk pembuatan arak adalah harus dan dibolehkan.

Sumber daripada: E-Fatwa (Portal Rasmi Fatwa Malaysia)